Perancangan dalam P&P
Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai.
Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.
Perancangan yang dimaksudkan ialah susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat.
Peringkat-peringkat berkenaan adalah:
Ø Tarik perhatian
pelajar.
Ø Beritahu objektif
pembelajaran.
Ø Cungkil dan kaitkan
pengetahuan sedia ada pelajar.
Ø Sampaikan isi
pelajaran/ bahan pengajaran dan pembelajaran.
Ø Bimbing pembelajaran
pelajar.
Ø Uji penguasaan
pembelajaran pelajar melalui aktiviti.
Ø Beri maklum balas
tentang penguasaan pembelajaran pelajar.
Ø Taksir pencapaian
pelajar.
Ø Tingkatkan ingatan dan
pemindahan pembelajaran.
Model
ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan
penggunaanmedia.
Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilikdarjahmasing-masing.
Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilikdarjahmasing-masing.
Model ASSURE
Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.
Ø Analyse
Learners (Analisis Pelajar)
Ø State Objectives (
Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)
Ø Select methods, media
and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
Ø Utilize media and
materials ( Guna media dan bahan sumber)
Ø Require learner
participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
Ø Evaluate and
revise (Nilai dan semak semula)
1.Analisis Pelajar
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
Ø Ciri-ciri
umum pelajar.
Ø Pengetahuan
dan pengalaman sedia ada.
Ø Gaya
belajar
Ciri-ciri umum pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya
Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan
dengan jenis pelajar yangdikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan
bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan
konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.
Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian pra unit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulu, mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.
Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.
2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.
Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.
Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian pra unit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulu, mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.
Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.
2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.
Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.
Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
- Siapakah
yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
- Apakah
yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)
- Bagaimana
hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
- Apakah
tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.
Apakah yang hendak dicapai? ( Apakah bentuk perlakuan baru)
Apakah
yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan
dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan
diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas
situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah:
Ø melakar
Ø menamakan
Ø meramal
Ø membaca
Ø menjawab
Ø melukis
Ø menilai
Ø melabel
Ø menjelas
Situasi dan Syarat Perlakuan
Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran
Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.
Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantu pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contoh penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.
Menamakan
secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.
3.
Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
Membuat
keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
Memilih
format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
Memilih,
mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Menurut
Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih
bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya.
Adakah
bahan ini menepati kurikulum?
Adakah
isipelajaran menepati kurikulum?
Adakah
laras bahasanya jelas?
Adakah
bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
Adakah
bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?
Adakah
bahan ini berkualiti?
Adakah
bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
Adakah
bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
Adakah
ada panduan pengguna?
Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.
4. Gunakan Media dan Bahan Sumber
Langkah
seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memastikan kejayaan penggunaan
media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.
Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar objektif pengajaran dan pembelajaran.
Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar objektif pengajaran dan pembelajaran.
Sediakan bahan untuk
penggunaan dalam kelas.
Sediakan persekitaran
yang sesuai untuk pembelajaran.
Sediakan pengalaman
pembelajaran bagi pelajar.
5.
Libatkan pelajar dalam pembelajaran
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar melakukan aktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.
6. Nilai dan Semak Semula
Ini
merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh
dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.
Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan
pelajar.
JAWAPAN
1. Terdapat enam langkah
dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut.
Pilih dua langkah
daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian
hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.
Enam
langkah dalam model ASSURE.
A = Analyse
learner (Analisis pelajar).
S = State objectives (Nyatakan objektif).
S = Select, modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)
U = Use media (Gunakan media)
R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar).
E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).
A = Analyse
learner (Analisis pelajar).
Terdapat
3 perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:
(a) Ciri-ciri umum
- Merupakan
deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan
sebagainya.
(b) Kompetensi khusus
Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.
(c) Gaya pembelajaran
Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.
Tabiat
Pemprosesan Maklumat
Urutan
Konkrit pengalaman secara “hands-on” mengikut urutan logikal
Buku
Kerja
Pengajaran
Terancang (PI)
Tunjukcara
Pendekatan
Makmal berstrutur
Urutan
Abstrak -pelajar mampu mendekod maklumat verbal & simbolik dengan mudah
Persembahan
Verbal (reading presentation)
Mendengar
persembahan
Rawak
Konkrik menjurus kepada pendekatan cuba jaya (TNE)
Permainan
Simulasi
Projek
pembelajaran kendiri
Kaedah
penemuan
Rawak
Abstrak – tangapan makna (pemahaman) dari persembahan perantara (manusia)
dan respons pada nada dan gaya penyampai
Perbincangan
kumpulan
Kuliah
dengan sesi soal jawab
Video
Televisyen
S
= Select modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)
Terdapat 3 langkah
dalam pemilihan kaedah, media dan bahan pengajaran.
a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran.
Sesuatu
sesi pengajaran kemungkinan mengambil kira dua atau lebih kaedah untuk melayani
tujuan yang berlainan dalam perkembangan pelajaran. Seperti Set Induksi
dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan
latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.
b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.
Pemilihan
media berasaskan kriteria yang tertentu:
- Sepadan
dengan kurikulum
- Maklumat
tepat dan terkini
- Bahasa
yang jelas dan tepat
- Menarik
minat dan mencetuskan motivasi pelajar
- Menggalakkan
penglibatan pelajar
- Mempunyai
teknikal kualiti yang baik.
- Terdapat
bukti keberkesanannya
- Bebas
daripada bias.
- Mempunyai
buku panduan yang lengkap.
(c)
Mereka bentuk media
Bagi
mereka bentuk media, ia terdiri daripada:
- Media
sedia ada
- Ubah
suai media yang sedia ada
- Mereka
bentuk media yang baru
Tujuh
perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau
menyediakannya sendiri.
Objektif
Pelajar
Kos
Kepakaran
teknikal
Peralatan
Fasiliti
Masa
Gunakan Media dan Bahan
Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik:
- Preview
bahan
- Sediakan
bahan
- Sediakan
persekitaran
- Sediakan
pelajar
- Sediakan
pengalaman pembelajaran
2. Anda
hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik
pelajaran subjek anda. Sediakan dua objektif pengajaran
pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar.
Objektif pembelajaran
a.
Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum
atau buku teks.
b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.
Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian).
Objektif
Pembelajaran Ikan Hiasan Tahun 5
Di
akhir pembelajaran ini pelajar berupaya :
1. Mengenal, melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan hiasan tropika
2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.
3.
Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium.
4. Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan.
5.
Mengenal pasti kandungan mutu air.
6.
Mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan.
7.
Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.
3. Pilih
media yang sesuai bagi topik yang berkenaan. Berikan rasional pemilihan
tersebut,
Seseorang
guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut
perlu diberikan perhatian:
1.
Kesesuaian
2.
Peringkat penerimaan/kefahaman
3.
Pemerolehan
4.
Harga
5.
Mutu
Profesionalisme
seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada
caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media
pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara
mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan seperti penggunaan
computer dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, ia dapat memberikan
kemudahan seperti berikut :
Pengajaran
lebih terancang
Melibatkan
pelbagai deria
Memperkayakan
pengalaman
Perluasan
batasan komunikasi
Pembelajaran
individu
Keseronokan
belajar/motivasi
Sumber
maklumat
Menolong
membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.
Menguat
dan mengekalkan daya ingatan
Menghubungkan
yang abstrak kepada konkrit
Memberikan
gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
Menjimatkan
masa
Membantu
murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas
Mempelbagaikan
aktiviti pengajaran pembelajaran
Selain
itu, menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran
pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing.
Deria
|
%
Penerimaan
|
Mata
|
70
|
Hidung
|
5
|
Mulut
|
4
|
Telinga
|
15
|
Rasa/sentuhan
|
6
|
4. Dalam
fasa “analisis learner”, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum
pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE
Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak.
Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak.
Begitu
juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi
menggunakan instruksi berbantu computer. Guru harus juga memilih media yang
sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau
yang mempunyai budaya atau nilai tertentu.
Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi.
Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi.
Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale.
Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu.
Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka.
Soalan 5
Model “Mutiple
Intelligence” adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang
terdapat dalam model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda.
“Mutiple
Intelligence” atau dalam bahasa melayunya ialah pelbagai
kecerdasan. Berikut ialah apa yang saya telah pelajari contoh gaya
pembelajaran;
Pelbagai
Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir
Dalam
kes ini, para pelajar perlu memahami lapan kecerdasan (eight multiple intelligences)
dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa
juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri.
Mengapa
Lapan kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan?
1.
Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang perlu
dikembangkan.
2.
kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.
3.
Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir
berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.
Bagaimana
Lapan Kecerdasan Dikembangkan?
Teori
Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983.
Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti.
Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu
berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah
mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur
potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang
telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
a.
Bahasa
b.
Logik-Matematik
c.
Ruang (spatial)
d.
Muzik
e.
Kinestatik
f.
Interpersonal
g.
Intapersonal
h.
Nature Smart
Lapan
kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi
dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri
lapan kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut:
Kecerdasan
|
Cerdas
dalam
|
Pekerjaan
|
1.
Bahasa
|
Menulis
karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan.
|
Penulis,
penyajak, penceramah
|
2.
Logik Matematik
|
Menaakul,
kiraan, membuat analisis
|
Saintis,
jurutera, akauntan
|
3.
Ruang (spatial)
|
Mencorak,
melukis, mengukir
|
Pelukis,
pengukir
|
4.
Muzik
|
Mencipta
lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik
|
Pencipta
lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.
|
5.
Kinestatik
|
Gerakan,
tarian, lakonan, sukan, permainan
|
Atlet,
pemain bola sepak, peninju, penari,, pelakon.
|
6.
Interpersonal
|
Perhubungan
manusia
|
Diplomat,
ahli politik, peniaga
|
7.
Intrapersonal
|
Nilai
murni, pendirian, falsafah
|
Pengarang,
penyajak, ahli falsafah
|
8.
Nature Smart ( Naturalis)
|
Mengenali,
menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna
|
Petani,
Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist
|
Guru
boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti
berkaitan bahasa berkenaan:
i.
Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.
ii.
Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan
kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang.
iii.
Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan
kecerdasan ruang.
iv.
menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan
muzik.
Guru
juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik
seperti kemahiran-kemahiran berikut:
i.
Menaakul secara logik.
ii.
Membuat kiraan.
iii.
Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun
atur, atau mentafsir.
iv.
Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan.
v.
Membuat keputusan
vi.
Menyelesaikan masalah.
Soalan 6
Perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media
pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk
mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk
mendapatkan kemahiran pelajar.
Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran
Profesionalisme
seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada
caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media
pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar negara
mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Artikel ini
akan membincangkan peranan media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid.
Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang
yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana
akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu.
Menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran
berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Deria %
Penerimaan Mata 70%, Hidung 5%, Mulut 4%, Telinga 15%, Rasa/sentuhan 6%.
Kepentingan
media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:
- Pengajaran
lebih terancang
- Melibatkan
pelbagai deria
- Memperkayakan
pengalaman
- Perluasan
batasan komunikasi
- Pembelajaran
individu
- Keseronokan
belajar/motivasi
- Sumber
maklumat
- Menolong
membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.
- Menguat
dan mengekalkan daya ingatan
- Menghubungkan
yang abstrak kepada konkrit
- Memberikan
gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
- Menjimatkan
masa
- Membantu
murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas
- Mempelbagaikan
aktiviti pengajaran pembelajaran
Pemilihan
Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media
pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian:
1.
Kesesuaian
2.
Peringkat penerimaan/kefahaman
3.
Pemerolehan
4.
Harga
5.
Mutu Kesesuaian
Sebelum
memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak
dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid
mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran
bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu
mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh
juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan
mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:
- Memenuhi
kehendak isi dan objektif murid
- Memudahkan
kefahaman murid
- Memerlukan
latihan yang minimum untuk menggunakannya
- Menimbulkan
suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan
- Mudah
diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu
tempat ke satu tempat yang lain
- Selamat
digunakan oleh murid
Peringkat
penerimaan/kefahaman Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu sesuai,
tetapi cara penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara
dengan keupayaan mereka. Dengan lain perkataan media tersebut tidak setanding
dengan keupayaan murid untuk menerima dan memahami isi kandungan yang
disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku kepada media yang telah siap
tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat pengeluar media tersebut.
Untuk mengelakkan perkara ini, media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang
mengajar. Media yang dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep
yang hendak disampaikan hendaklah dipilih.
Harga sesuatu
media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang
murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih
baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pilihlah
media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos adalah munasabah dan
tidak terlalu membebankan.
Pemerolehan Seseorang
guru yang merancang menggunakan media pengajaran, perlu mengenal pasti
pemerolehan sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau
sekolah masing-masing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah?
Sekiranya mudah diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru menggunakannya
dengan lebih kerap.
Mutu Sekiranya
faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan media
tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan
tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna,
suara dan tulisan yang tidak jelas.
Penghasilan
Media Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari
keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh
itu untuk menyediakan media yang sesuai, guru perlulah membuat sendiri. Banyak
sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan media oleh guru seperti berikut:
Isi
kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah
Objektif
pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat
Jika
dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya
ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid
Menambahkan
koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos
Beberapa
aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti
berikut:
Pengetahuan
mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan)
Kemahiran
untuk penghasilan
Mempunyai
daya kreatif
Tenaga
untuk penghasilan
Alatan
khas yang diperlukan
Masa
Kos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan