Model ADDIE diasaskan oleh Rosset
pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan yang
lain. Ia mengandungi lima peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:
v Analisis
|
v Rekabentuk
|
v Pembangunan
|
v Pelaksanaan
|
v Penilaian
|
Analisis
Pada peringkat ini beberapa
analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran,
analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa
soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :
- Siapakah pengguna
dan apakah sifat-sifatnya?
- Menentukan sikap
baru yang akan dipamerkan
- Apakah jenis
halangan pembelajaran yang wujud?
- Apakah pilihan
bentuk penyampaian pembelajaran?
- Apakah tempoh
masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?
Reka
bentuk
Di antara langkah yang dilakukan
pada fasa reka bentuk adalah :
Dokumentasi projek yang
mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi rekabentuk
Aplikasi strategi pengarahan
bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh pengguna seperti :
- kognitif, afektif
dan psikomotor.
- Membangunkan
papan cerita
- Mereka bentuk
antara muka
- Membangunkan
prototaip
- Menggunakan reka
bentuk visual
Pembangunan
Kerja- kerja pembangunan projek
mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui.
Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan
berkesan.
Pelaksanaan
Projek multimedia yang telah
disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan
semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan,
pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna
sasaran untuk digunakan.
Penilaian
Fasa penilaian terbahagi dua
iaitu formatif dan sumatif.
Penilaian
formatif
merangkumi setiap fasa dalam proses
ADDIE.
Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang
memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen
multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan