Ciri-Ciri
Guru Reflektif:
1. Keterbukaan
Minda
2. Tanggung
Jawab
3. Kesungguhan
4. Seorang
guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan mencabar
andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain.
5. Guru
membuat rancangan mengajar dan terus bersedia
6. Guru
perlu memantau, memerhati dan mengumpul data berkaitan dengan
hasrat, tindakan dan perasaan pelajar.
7. Guru
perlu merancang, membuat persediaan, bertindak, mengumpul data, menganalisis
data serta menilai data
8. Guru
yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal mengenai
tujuan-tujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka
pendek dan jangka panjang terhadap setiap kanak-kanak
Amalan Tindakan Reflektif dalam
pengajaran
Bagi
memastikan P&P dalam sesebuah bilik darjah berjalan dengan lancar tanpa
gangguan disiplin, para pelajar sangat berminat dan khusyuk mengikuti
pengajaran guru dan guru pula begitu komited dan bersungguh-sungguh
menyampaikan ilmu yang diajar, semuanya bermula apabila seseorang guru itu
mengamalkan sikap sedar/peka terhadap apa yang berlaku semasa
proses pengajarannya di dalam bilik darjah. Seorang guru yang sedar/peka
merupakan seorang yang sensitif terhadap apa yang berlaku, sentiasa menyoal
diri dan akan mengambil tindakan segera untuk membaiki kelemahan
sekiranya hasil yang dingini tidak sama dengan apa yang diharap atau
dirancangkan. Dengan kata lain guru tersebut mengamalkan tindakan
reflektif iaitu satu bentuk inkuri refleksi kendiri terhadap amalan
yang dilakukan, guru menjadi lebih sedar terhadap amalan mereka sendiri dan
menjadi lebih kritis terhadap amalan tersebut dan bersedia untuk membuat
perubahan.
Bila
guru bertindak responsif terhadap perlakuan pelajar, ini bermakna guru
mengambil berat terhadap pelajar. Mengikut Nel Noddings (1992) " keinginan
untuk mendapat perhatian merupakan ciri-ciri umum manusia".
Manakala,
menurut Abraham Maslow, proses pembelajaran akan berlaku dengan berkesan
sekiranya setiap individu berjaya memenuhi keperluan-keperluan dalam Hierarki Keperluan Manusia . Sekiranya keperluan kepada
makanan, pakaian, tempat perlindungan dan kasih sayang dipenuhi maka individu
itu akan bermotivasi untuk mencapai keperluan yang lebih tinggi iaitu keperluan
penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Sekiranya satu keperluan dalam hierarki
tidak dapat dipenuhi maka individu tersebut akan menghadapi masalah kekurangan
dan akan menganggu proses pembelajarannya.
Setiap
awal tahun, harapan para pelajar sudah
pasti mengharapkan guru yang akan mengajar mereka ialah seorang yang sentiasa
memberi dorongan ke arah kecemerlangan, sentiasa mengambil berat dan sedia
mendengar sebarang masalah yang dihadapi, sentiasa memberi perhatian dan
menghargai kebolehan mereka. Pelajar yang mendapat perhatian dan bimbingan
daripada guru akan merasa dirinya dihargai dan kesannya pelajar merasa selesa
dan pastinya akan berminat untuk mengikuti setiap kali pengajaran guru tersebut.
Oleh itu, guru yang dapat mempamerkan sikap keprihatinan yang tinggi dan berkeupayaan untuk memberi perhatian kepada lebih daripada satu perkara pada satu masa merupakan pengurus bilik darjah yang berkesan. Guru yang prihatin tahu apa yang berlaku dalam bilik darjahnya pada setiap masa. Mereka berkeupayaan untuk melaksanakan pengajaran dan pada masa yang sama memantau disiplin para pelajar. Dengan kata lain, mereka sanggup dan berupaya mengubahsuai pengajaran yang sedang berlaku sekiranya mereka mendapati para pelajar menunjukkan sikap bosan atau kurang selesa. Sekiranya guru mendapati ada dalam kalangan pelajar melakukan masalah disiplin ketika beliau sedang mengajar, guru akan bertindak segara membetulkan tingkah laku tersebut. Perhatian segera diberikan kepada tingkah laku pelajar ini akan menyebabkan pelajar merasa diri mereka diberi perhatian. Kadang-kadang para pelajar sengaja melakukan masalah disiplin semasa guru sedang mengajar hanya untuk menarik perhatian guru.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan