ABSD

Isnin, 8 Oktober 2012

MODEL ASSURE


Perancangan dalam P&P

Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai.

Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.

Perancangan yang dimaksudkan ialah susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat.

Peringkat-peringkat berkenaan adalah:
Ø  Tarik perhatian pelajar.
Ø  Beritahu objektif pembelajaran.
Ø  Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.
Ø  Sampaikan isi pelajaran/ bahan pengajaran dan pembelajaran.
Ø  Bimbing pembelajaran pelajar.
Ø  Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.
Ø  Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.
Ø  Taksir pencapaian pelajar.
Ø  Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.
Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaanmedia.

Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilikdarjahmasing-masing.






Model ASSURE

Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPPPriRNBwXUjCh5iN1Jnsv3ZyLjIocPKV0BpGQBcJE6SwoS5YjQBl0SQYqqqaUp6zYzVv9uCuNe0WAkzG61uVv11X8MGL6dWqDua34o1lJYBbWqn39fhqdEsC54U3iQAdok-BwBKCRKGH/s200/ASSURE.aspx
Ø  Analyse Learners (Analisis Pelajar)
Ø  State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)
Ø  Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
Ø  Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)
Ø  Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
Ø  Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)
1.Analisis Pelajar
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
Ø  Ciri-ciri umum pelajar.
Ø  Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Ø  Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya
Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yangdikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian pra unit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulu, mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik  yang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
  1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
  2. Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)
  3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
  4. Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)

Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Apakah yang hendak dicapai? ( Apakah bentuk perlakuan baru)

Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah:
Ø  melakar
Ø  menamakan
Ø  meramal
Ø  membaca
Ø  menjawab
Ø  melukis
Ø  menilai
Ø  melabel
Ø  menjelas

Situasi dan Syarat Perlakuan

Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran

Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)

Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.

Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantu pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contoh penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.
Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya.
Adakah bahan ini menepati kurikulum?
Adakah isipelajaran menepati kurikulum?
Adakah laras bahasanya jelas?
Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?
Adakah bahan ini berkualiti?
Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber
Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar objektif pengajaran dan pembelajaran.

*      Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
*      Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
*      Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar melakukan aktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.


Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.


6. Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.


JAWAPAN
1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut.
Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.
Enam langkah dalam model ASSURE.
A = Analyse learner (Analisis pelajar).

S = State objectives (Nyatakan objektif).

S = Select, modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)

U = Use media (Gunakan media)

R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar).

E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).

A = Analyse learner (Analisis pelajar).


Terdapat 3 perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:

(a) Ciri-ciri umum
  • Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya.




(b) Kompetensi khusus
Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.


(c) Gaya pembelajaran 

Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.

Tabiat Pemprosesan Maklumat
Urutan Konkrit pengalaman secara “hands-on” mengikut urutan logikal
Buku Kerja
Pengajaran Terancang (PI)
Tunjukcara
Pendekatan Makmal berstrutur
Urutan Abstrak -pelajar mampu mendekod maklumat verbal & simbolik dengan mudah
Persembahan Verbal (reading presentation)
Mendengar persembahan
Rawak Konkrik menjurus kepada pendekatan cuba jaya (TNE)
Permainan
Simulasi
Projek pembelajaran kendiri
Kaedah penemuan
Rawak Abstrak – tangapan makna (pemahaman) dari persembahan perantara (manusia) dan respons pada nada dan gaya penyampai
Perbincangan kumpulan
Kuliah dengan sesi soal jawab
Video
Televisyen
S = Select modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)



Terdapat 3 langkah dalam pemilihan kaedah, media dan bahan pengajaran.

a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran.
Sesuatu sesi pengajaran kemungkinan mengambil kira dua atau lebih kaedah untuk melayani tujuan yang berlainan dalam perkembangan pelajaran. Seperti Set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.

b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.
Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu:
  • Sepadan dengan kurikulum
  • Maklumat tepat dan terkini
  • Bahasa yang jelas dan tepat
  • Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar
  • Menggalakkan penglibatan pelajar
  • Mempunyai teknikal kualiti yang baik.
  • Terdapat bukti keberkesanannya
  • Bebas daripada bias.
  • Mempunyai buku panduan yang lengkap.


(c) Mereka bentuk media
Bagi mereka bentuk media, ia terdiri daripada:
  • Media sedia ada
  • Ubah suai media yang sedia ada
  • Mereka bentuk media yang baru

Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri.
Objektif
Pelajar
Kos
Kepakaran teknikal
Peralatan
Fasiliti
Masa

Gunakan Media dan Bahan

Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik:
  1. Preview bahan
  2. Sediakan bahan
  3. Sediakan persekitaran
  4. Sediakan pelajar
  5. Sediakan pengalaman pembelajaran

2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar.
Objektif pembelajaran
a. Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.

b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.
Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian).


Objektif Pembelajaran Ikan Hiasan Tahun 5
Di akhir pembelajaran ini pelajar berupaya :

1. Mengenal, melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan hiasan tropika
2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.
3. Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium.

4. Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan.
5. Mengenal pasti kandungan mutu air.
6. Mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan.
7. Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.

3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan. Berikan rasional pemilihan tersebut,
Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian:
1. Kesesuaian
2. Peringkat penerimaan/kefahaman
3. Pemerolehan
4. Harga
5. Mutu

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan seperti penggunaan computer dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, ia dapat memberikan kemudahan seperti berikut :
Pengajaran lebih terancang
Melibatkan pelbagai deria
Memperkayakan pengalaman
Perluasan batasan komunikasi
Pembelajaran individu
Keseronokan belajar/motivasi
Sumber maklumat
Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.
Menguat dan mengekalkan daya ingatan
Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit
Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
Menjimatkan masa
Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran
Selain itu, menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing.
Deria
% Penerimaan
Mata
70
Hidung
5
Mulut
4
Telinga
15
Rasa/sentuhan
6
4. Dalam fasa “analisis learner”, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE

Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak.

Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu computer. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu.
Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi.

Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale.
Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu.

Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka.

Soalan 5
Model “Mutiple Intelligence” adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda.

“Mutiple Intelligence” atau dalam bahasa melayunya ialah pelbagai kecerdasan. Berikut ialah apa yang saya telah pelajari contoh gaya pembelajaran;
Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir
Dalam kes ini, para pelajar perlu memahami lapan kecerdasan (eight multiple intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri.
Mengapa Lapan kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan?
1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang perlu dikembangkan.
2. kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.
3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Bagaimana Lapan Kecerdasan Dikembangkan?
Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
a. Bahasa
b. Logik-Matematik
c. Ruang (spatial)
d. Muzik
e. Kinestatik
f. Interpersonal
g. Intapersonal
h. Nature Smart
Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri lapan kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut:
Kecerdasan
Cerdas dalam
Pekerjaan
1. Bahasa
Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan.
Penulis, penyajak, penceramah
2. Logik Matematik
Menaakul, kiraan, membuat analisis
Saintis, jurutera, akauntan
3. Ruang (spatial)
Mencorak, melukis, mengukir
Pelukis, pengukir
4. Muzik
Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik
Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.
5. Kinestatik
Gerakan, tarian, lakonan, sukan, permainan
Atlet, pemain bola sepak, peninju, penari,, pelakon.
6. Interpersonal
Perhubungan manusia
Diplomat, ahli politik, peniaga
7. Intrapersonal
Nilai murni, pendirian, falsafah
Pengarang, penyajak, ahli falsafah
8. Nature Smart ( Naturalis)
Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna
Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist
Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan:
i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.
ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang.
iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang.
iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik.
Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut:
i. Menaakul secara logik.
ii. Membuat kiraan.
iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir.
iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan.
v. Membuat keputusan
vi. Menyelesaikan masalah.

Soalan 6
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar.

Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran
Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Artikel ini akan membincangkan peranan media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Deria % Penerimaan Mata 70%, Hidung 5%, Mulut 4%, Telinga 15%, Rasa/sentuhan 6%.
Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:
  • Pengajaran lebih terancang
  • Melibatkan pelbagai deria
  • Memperkayakan pengalaman
  • Perluasan batasan komunikasi
  • Pembelajaran individu
  • Keseronokan belajar/motivasi
  • Sumber maklumat
  • Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.
  • Menguat dan mengekalkan daya ingatan
  • Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit
  • Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
  • Menjimatkan masa
  • Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas
  • Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran
Pemilihan Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian:
1. Kesesuaian
2. Peringkat penerimaan/kefahaman
3. Pemerolehan
4. Harga
5. Mutu Kesesuaian
Sebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:
  • Memenuhi kehendak isi dan objektif murid
  • Memudahkan kefahaman murid
  • Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya
  • Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
  • Selamat digunakan oleh murid
Peringkat penerimaan/kefahaman Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu sesuai, tetapi cara penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara dengan keupayaan mereka. Dengan lain perkataan media tersebut tidak setanding dengan keupayaan murid untuk menerima dan memahami isi kandungan yang disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku kepada media yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat pengeluar media tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini, media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar. Media yang dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak disampaikan hendaklah dipilih.

Harga sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu membebankan.
Pemerolehan Seseorang guru yang merancang menggunakan media pengajaran, perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah masing-masing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru menggunakannya dengan lebih kerap.
Mutu Sekiranya faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan media tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak jelas.
Penghasilan Media Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk menyediakan media yang sesuai, guru perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan media oleh guru seperti berikut:
Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah
Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat
Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid
Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos
Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti berikut:
Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan)
Kemahiran untuk penghasilan
Mempunyai daya kreatif
Tenaga untuk penghasilan
Alatan khas yang diperlukan
Masa
Kos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan