ABSD

Isnin, 8 Oktober 2012

Model ADDIE


Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Ia mengandungi lima peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:
v  Analisis
v  Rekabentuk
v  Pembangunan
v  Pelaksanaan
v  Penilaian
                               

Analisis
Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran  pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat  beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :
  1. Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
  2. Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan
  3. Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
  4. Apakah pilihan  bentuk penyampaian pembelajaran?
  5. Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Reka bentuk
Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :
Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi rekabentuk
Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh pengguna seperti :
  1. kognitif, afektif dan psikomotor.
  2. Membangunkan papan cerita
  3. Mereka bentuk  antara muka
  4. Membangunkan prototaip
  5. Menggunakan reka bentuk visual

Pembangunan
Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.



Pelaksanaan
Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

Penilaian

Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif.
Penilaian formatif  merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE.
Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian

Guru Reflektif


Ciri-Ciri Guru Reflektif:
1.      Keterbukaan Minda
2.      Tanggung Jawab
3.      Kesungguhan
4.      Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain.
5.      Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia
6.      Guru perlu memantau, memerhati dan mengumpul data berkaitan dengan hasrat, tindakan dan perasaan pelajar.
7.      Guru perlu merancang, membuat persediaan, bertindak, mengumpul data, menganalisis data serta menilai data
8.      Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal  mengenai tujuan-tujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap setiap kanak-kanak

Amalan Tindakan Reflektif dalam pengajaran

Bagi memastikan P&P dalam sesebuah bilik darjah berjalan dengan lancar tanpa gangguan disiplin, para pelajar sangat berminat dan khusyuk mengikuti pengajaran guru dan guru pula begitu komited dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu yang diajar, semuanya bermula apabila seseorang guru itu mengamalkan sikap sedar/peka terhadap apa yang berlaku semasa proses pengajarannya di dalam bilik darjah. Seorang guru yang sedar/peka merupakan seorang yang  sensitif terhadap apa yang berlaku, sentiasa menyoal diri dan akan mengambil tindakan segera untuk membaiki kelemahan sekiranya hasil yang dingini tidak sama dengan apa yang diharap atau dirancangkan. Dengan kata lain guru tersebut mengamalkan tindakan reflektif  iaitu satu bentuk inkuri refleksi kendiri terhadap amalan yang dilakukan, guru menjadi lebih sedar terhadap amalan mereka sendiri dan menjadi lebih kritis terhadap amalan tersebut dan bersedia untuk membuat perubahan. 

Bila guru bertindak responsif terhadap perlakuan pelajar, ini bermakna guru mengambil berat terhadap pelajar. Mengikut Nel Noddings (1992) " keinginan untuk mendapat perhatian merupakan ciri-ciri umum manusia".  

 Manakala, menurut Abraham Maslow,  proses pembelajaran akan berlaku dengan berkesan sekiranya setiap individu berjaya memenuhi keperluan-keperluan dalam Hierarki  Keperluan Manusia . Sekiranya keperluan kepada makanan, pakaian, tempat perlindungan dan kasih sayang dipenuhi maka individu itu akan bermotivasi untuk mencapai keperluan yang lebih tinggi iaitu keperluan penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Sekiranya satu keperluan dalam hierarki tidak dapat dipenuhi maka individu tersebut akan menghadapi masalah kekurangan dan akan menganggu proses pembelajarannya.

Setiap awal tahun, harapan  para pelajar sudah pasti mengharapkan guru yang akan mengajar mereka ialah seorang yang sentiasa memberi dorongan ke arah kecemerlangan, sentiasa mengambil berat dan sedia mendengar sebarang masalah yang dihadapi, sentiasa memberi perhatian dan menghargai kebolehan mereka. Pelajar yang mendapat perhatian dan bimbingan daripada guru akan merasa dirinya dihargai dan kesannya pelajar merasa selesa dan pastinya akan berminat untuk mengikuti setiap kali pengajaran guru tersebut.

Oleh itu, guru yang dapat mempamerkan sikap keprihatinan yang tinggi dan berkeupayaan untuk memberi perhatian kepada lebih daripada satu perkara pada satu masa merupakan pengurus bilik darjah yang berkesan. Guru yang prihatin tahu apa yang berlaku dalam bilik darjahnya pada setiap masa. Mereka berkeupayaan untuk melaksanakan pengajaran dan pada masa yang sama memantau disiplin para pelajar. Dengan kata lain, mereka sanggup dan berupaya mengubahsuai pengajaran yang sedang berlaku sekiranya mereka mendapati para pelajar menunjukkan sikap bosan atau kurang selesa.  Sekiranya guru mendapati ada dalam kalangan pelajar melakukan masalah disiplin ketika beliau sedang mengajar, guru akan bertindak segara membetulkan tingkah laku tersebut. Perhatian segera diberikan kepada tingkah laku pelajar ini akan menyebabkan pelajar merasa diri mereka diberi perhatian. Kadang-kadang para pelajar sengaja melakukan masalah disiplin semasa guru sedang mengajar hanya untuk menarik perhatian guru. 

Sikap guru yang ambil tahu, menggunakan "eye-contact", ekspresi muka, jarak guru-pelajar, gerak isyarat dan tindakan guru akan menghasilkan satu suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif. Oleh itu, amalan tindakan reflektif guru dalam pengajaran akan mewujudkan satu pengurusan bilik darjah yang terancang dan terkawal yang sudah pasti membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan

Selasa, 18 September 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Nama   : Mohd Kasman b. Mohd Kamis 
              Mohd Shamsuri b. Jebat  
              Dayang Bolkia bt Jarini   
              Evonne Kerapa 
              Jenny Pawi 


Komponen RPH
Mata Pelajaran                        : 
Tarikh                                     
Masa                                        :  
Kelas                                       :  
Bil murid                                 :
Tajuk                                       :
Subtajuk                                  :
Pengetahuan Sedia Ada           :
Hasil Pelajaran                         : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi:
Unsur Patriotisme / Nilai Murni:
Aktiviti/stategi                           :
Penyerapan ilmu
Penerapan kemahiran pemikiran sejarah KPS):
Bahan Bantu Mengajar                       
Refleksi                                    :



Komponen 1: Tajuk dan tujuan unit
·         untuk mengetahui secara umum tentang pelajaran yang akan diajar.

Komponen  2: Pengetahuan Sedia Ada
·         ia amat penting untuk memastikan kesinambungan proses pengajaran.
·         Semasa merancang pengajaran, guru perlu sensitif dengan tingkah laku pelajar yang didalam kelas.PSA merupakan pengetahuan, kebolehan, kemahiran yang telah sedia ada dikuasai pelajar yang berkaitan dengan tajuk yang diajar.

Komponen 3: Analisis isi kandungan pelajaran
·         Hasil pembelajaran : Di akhir pelajaran ini, murid akan dapat:
                        a) menguasai isi kandungan pelajaran
                        b) membina kemahiran sainstifik/kemahiran berfikir
                        c) mengamalkan  nilai-nilai patriotisme

Komponen 4: Bahan Bantu Mengajar ( BBM)
·         BBM digunakan untuk membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan agar dapat difahami dan diikuti pelajar semasa P&P.
·         Penggunaan BBM dapat menarik perhatian pelajar dan dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti P&P.
·         ciri-ciri BBM perlu sesuai dengan tajuk, berkait dengan objektif pengajaran, selaras dengan kebolehan murid, menarik, tersusun, kemas serta tulisan yang jelas.

Komponen 5: Kaedah dan aktiviti P&P
  • aktiviti guru/murid ( sama ada berbentuk hand-on atau minds on) bagi memastikan objektif P&P tercapai.
  • Aktiviti yang dirancang  perlu melibatkan pelajar secara aktif  bagi membolehkan mereka mendapat input yang berkesan tentang tajuk yang dipelajari.

Komponen 6: Pelan Penaksiran
  • guru memberi pengukuhan terhadap pembelajaran murid dengan membuat rumusan tentang tajuk yang diajar. Misalnya, dari aspek penutup Kognitif, guru boleh merumus dan mengulang fakta dengan menggunakan kaedah melukis gambarajah berkait. Guru juga boleh menggunakan penutup sosial  iaitu dengan menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar dengan pelajaran akan datang.
  • Bagi menilai pemahaman pelajar, guru boleh memberi beberapa soalan kunci. 
  • Tugasan juga boleh digunakanuntuk meneguhkan  atau memperkayakan pemahaman murid terhadap tajuk yang diajar.

Komponen 7: Refleksi kendiri
  • ia amat penting untuk guru dapat mengatasi kelemahan dan menjadikan guru lebih peka, bersistem dan kritis terhadap profesion perguruan.