ABSD

Ahad, 18 November 2012


Guru Abad ke -21

Pengenalan

Profesion guru pada zaman kini mempunyai beban tugas yang begitu mencabar. Menurut Arend(2001) telah menyatakan bahawa guru-guru pada era teknologi maklumat mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam proses pengajaran dan berperanan untuk membentuk yang akan diterima oleh pelajar.

          Guru yang baik akan mampu mengalas tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Sebaliknya, guru yang tidak bertanggungjawab akan mengabaikan amanah yang diberikan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Guru-guru dalam abad ke-21 perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan daya cipta, kemantapan idealism dan kekuatan diri. Profesioanlisme dan disiplin kendiri yang positif akan menjadi paksi utama kepada budaya kecemerlangan kerjaya seorang guru( Mohd Najib:1999)

Ciri-ciri guru  Abad ke - 21

1.       Mahir  dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK).

Ø  Bersikap terbuka dengan melihat teknologi sebagai perkara yang positif dan melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi  menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi dalam pelbagai bidang.

2.       Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi ( Pengajaran & Pembelajaran)

Ø  Pengetahuan guru dalam menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks persekitaran bilik darjah berdasarkan pengetahuan guru dalam pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri terhadap pelajar, dan kepercayaan terhadap  pendekatan P&P yang digunakan.

Ø  Cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, illustrasi menarik, contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas, dan bermakna amat penting  agar isi pelajaran dapat difahami pelajar dengan mudah.

Ø  Pengetahuan pedagogi bukan berdasarkan kepada pengalaman ataupun pengetahuan yang  terlalu bergantung dengan guru( teacher-centred). Sebaliknya, guru perlu bijak untuk mengadaptasikan pedagogi berbantukan komputer untuk memberi kesan positif terhadap perkembangan dan pencapaian pelajar.

3.       Mengikuti perkembangan Dasar dan Isu pendidikan.

Ø  Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang   berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan  pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses  pengajaran dan pembelajaran.

Ø  Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu  kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.

Ø  Guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian lepas  dan terkini   bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran  p&p guru.  Guru boleh mengaplikasikan teknologi maklumat(ICT) semasa p&p melalui Program SLE ( Smart Learning Environment) yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan guru  terhadap penggunaan ICT.

4.       Menguasai pelbagai bidang.

Ø  Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja.

Ø  Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia   menghadapi pelbagai cabaran.

5.       Menerapkan Nilai-nilai Murni( Akhlak)

Ø  Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungan    sesama masyarakat. Guru harus memounyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik  dengan sempurna.  Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar.


Ciri-ciri Guru berkualiti:

ü  Bertindak Menyebar ilmu
ü  Bertindak sebagai Pembentukan nilai ‘ Role Model’
ü  Bertindak sebagai pengamal budaya ilmu
ü  Mengamalkan kemahiran professional
ü  Bersifat professional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan
ü  Mengamalkan pengajaran efektif



1 ulasan:

  1. Casinos Near Casinos Near Casinos Near Casino Lake Tahoe
    Hotels near Casinos Near Casinos Near Casino Lake Tahoe. Find 시흥 출장마사지 your way around 화성 출장샵 the 경기도 출장마사지 casino, find where everything is located 안산 출장샵 with 군산 출장안마 real people,

    BalasPadam