Guru Abad ke
-21
Pengenalan
Profesion
guru pada zaman kini mempunyai beban tugas yang begitu mencabar. Menurut Arend(2001)
telah menyatakan bahawa guru-guru pada era teknologi maklumat mempunyai
tanggungjawab yang sangat besar dalam proses pengajaran dan berperanan untuk
membentuk yang akan diterima oleh pelajar.
Guru yang baik akan mampu mengalas
tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Sebaliknya, guru yang tidak
bertanggungjawab akan mengabaikan amanah yang diberikan dalam mendidik anak
bangsa menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Guru-guru dalam abad ke-21 perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan
daya cipta, kemantapan idealism dan kekuatan diri. Profesioanlisme dan disiplin
kendiri yang positif akan menjadi paksi utama kepada budaya kecemerlangan
kerjaya seorang guru( Mohd Najib:1999)
Ciri-ciri guru Abad
ke - 21
1. Mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi(TMK).
Ø Bersikap
terbuka dengan melihat teknologi sebagai perkara yang positif dan melengkapkan
diri dengan ilmu berasaskan teknologi menjurus kepada penguasaan dan penggunaan
teknologi dalam pelbagai bidang.
2. Mahir
dan berketrampilan dalam pedagogi ( Pengajaran & Pembelajaran)
Ø Pengetahuan
guru dalam menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang
berkesan dengan memahami konteks persekitaran bilik darjah berdasarkan
pengetahuan guru dalam pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi
subjek, pengetahuan ciri terhadap pelajar, dan kepercayaan terhadap pendekatan P&P yang digunakan.
Ø Cara
penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, illustrasi
menarik, contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas, dan bermakna amat
penting agar isi pelajaran dapat
difahami pelajar dengan mudah.
Ø Pengetahuan
pedagogi bukan berdasarkan kepada pengalaman ataupun pengetahuan yang terlalu bergantung dengan guru(
teacher-centred). Sebaliknya, guru
perlu bijak untuk mengadaptasikan pedagogi berbantukan komputer untuk memberi kesan positif terhadap perkembangan
dan pencapaian pelajar.
3. Mengikuti
perkembangan Dasar dan Isu pendidikan.
Ø
Seseorang
guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar
serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan
yang akan memberi impak kepada
profesion perguruan serta perjalanan
proses pengajaran dan
pembelajaran.
Ø
Dasar-dasar
seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan
difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti
dan berkemahiran.
Ø
Guru
juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian lepas dan terkini bagi
mengemaskini pengetahuan dan kemahiran
p&p guru. Guru boleh mengaplikasikan teknologi maklumat(ICT)
semasa p&p melalui Program SLE ( Smart Learning
Environment) yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT.
4. Menguasai pelbagai bidang.
Ø
Penting
bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan
diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa
ilmu pelajaran lebih baik berbanding
dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja.
Ø
Bagi
memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka
(guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan
menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi
pelbagai cabaran.
5. Menerapkan
Nilai-nilai Murni( Akhlak)
Ø
Di
samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan
perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungan sesama masyarakat. Guru harus memounyai sifat
dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni supaya dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna. Nilai-nilai murni yang
ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam
jiwa pelajar.
Ciri-ciri Guru berkualiti:
ü
Bertindak
Menyebar ilmu
ü
Bertindak
sebagai Pembentukan nilai ‘ Role Model’
ü
Bertindak
sebagai pengamal budaya ilmu
ü
Mengamalkan
kemahiran professional
ü
Bersifat
professional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan
ü
Mengamalkan
pengajaran efektif
Casinos Near Casinos Near Casinos Near Casino Lake Tahoe
BalasPadamHotels near Casinos Near Casinos Near Casino Lake Tahoe. Find 시흥 출장마사지 your way around 화성 출장샵 the 경기도 출장마사지 casino, find where everything is located 안산 출장샵 with 군산 출장안마 real people,